RESEPI AYAM PERCIK PEDAS - Resepi Maggi

RESEPI AYAM PERCIK PEDAS - Resepi Maggi

Bahan-Bahan
500 g paha ayam, tanpa kulit dan tulang
2 biji bawang besar
, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
1 sudu besar halia, dikisar
2 batang serai
8 tangkai cili kering, dikisar
1 sudu besar jus asam jawa
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa
1 sudu besar gula

200 ml santan
400 ml air


Bahan Perapan
9 bawang merah, dikisar
1 bawang putih, dikisar
1 cm halia, dikisar
1 batang serai, dikisar

1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis

2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa


Cara-Cara
1. Sediakan bahan perapan dengan campurkan kisaran bawang merah, bawang putih, halia dan serai bersama serbuk ketumbar dan jintan manis serta 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa.

2. Curahkan kuah perapan pada ayam, biarkan ia disaluti sekata dan perap lebih kurang 2 jam.

3. Selepas itu, dalam kuali bersaiz sederhana, masukkan santan, kisaran bawang merah, bawang putih, halia, serai dan kisaran cili kering bersama jus asam jawa, gula dan 1sudu besar MAGGI® CukupRasa

4. Biarkan ia mendidih dengan api kecil dan masak sehingga kuah tadi menjadi pekat dan pecah minyak.

5. Salutkan seluruh ayam dengan kuah yang telah dimasak dan alihkan ke dalam bekas pemanggang.

6. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 425 °F. Bakar ayam lebih kurang 45-60 minit. Tempoh memasak boleh ditambah hingga anda puas hati dengan teksturnya.

7. Rahsia agar ayam lebih rangup dan lazat ialah curahkan lebih banyak kuah sebelum dihidang.

8. Apabila haruman ayam percik sudah memenuhi rumah, hidangkannya untuk nikmatinya bersama keluarga.
 
Ayam Percik telah sedia untuk dihidangkan.!! Selamat Mencuba

~Cik Na 👸~

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI AYAM MASAK KICAP

RESEPI AYAM MASAK KURMA

RESEPI AYAM MASAK ASAM PEDAS