Posts

RESEPI AYAM PERCIK PEDAS - Resepi Maggi

RESEPI AYAM PERCIK PEDAS - Resepi Maggi Bahan-Bahan 500 g paha ayam, tanpa kulit dan tulang 2 biji bawang besar , dikisar 3 ulas bawang putih, dikisar 1 sudu besar halia, dikisar 2 batang serai 8 tangkai cili kering, dikisar 1 sudu besar jus asam jawa 1 sudu besar MAGGI® CukupRasa 1 sudu besar gula 200 ml santan 400 ml air Bahan Perapan 9 bawang merah, dikisar 1 bawang putih, dikisar 1 cm halia, dikisar 1 batang serai, dikisar 1 sudu besar serbuk ketumbar 1 sudu besar serbuk jintan manis 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa Cara-Cara 1. Sediakan bahan perapan dengan campurkan kisaran bawang merah, bawang putih, halia dan serai bersama serbuk ketumbar dan jintan manis serta 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa. 2. Curahkan kuah perapan pada ayam, biarkan ia disaluti sekata dan perap lebih kurang 2 jam. 3. Selepas itu, dalam kuali bersaiz sederhana, masukkan santan, kisaran bawang merah, bawang putih, halia, serai dan kisaran cili kering bersama jus asam jawa, gula dan 1sudu besar MAGGI® C...

RESEPI AYAM PERCIK ISTIMEWA

RESEPI AYAM PERCIK ISTIMEWA Bahan-Bahan : 1 ekor ayam dipotong 4 atau 8 bahagian Sedikit minyak masak untuk menumis ½ mangkuk cili kisar ½ inci lengkuas diketuk 1½ mangkuk santan pekat garam dan gula secukup rasa 3 keping asam keping sos tomato Bahan kisar #1 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih   Bahan kisar #2 3 batang serai 1 inci halia    Cara-Cara : 1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak dan toskan. 2. Tumis cili dan bahan kisar #1 sehingga naik bau. 2. Masukkan bahan kisar #2, lengkuas,asam keping, santan, garam, dan gula. 3. Masukkan ayam rebus hingga kuah menjadi sedikit pekat dan tambahkan sos tomato. 4. Setelah ayam empok/masak, asingkan dan bakar sehingga keperangan. 5. Percikkan sedikit kuah semasa membakar ayam. 6. Hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan salad sebagai hiasan. Ayam Percik telah sedia untuk dihidangkan.!! Selamat Mencuba ~Cik Na 👸~

RESEPI AYAM MASAK HALIA

RESEPI AYAM MASAK HALIA Bahan-Bahan : 500-600 gram ayam, potong kecil ( ambil bahagian isi sahaja) 4 ulas bawang putih - dihiris nipis 2 cm halia- - dihiris kecil memanjang 1 sudu besar kicap cair 1 sudu besar sos tiram 1 biji bawang besar - dihiris nipis 1 biji cili merah - dihiris nipis 1 tangkai daun bawang - dihiris kecil (2cm ) 1 1/2 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan sedikit air sedikit lada sulah atau lada hitam sedikit kunyit garam dan gula secukup rasa minyak masak untuk goreng ayam   Cara-Cara: 1. Panaskan minyak di dalam kuali 2. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. 3. Angkat dan ketepikan sementara. 4. Ambil 1/2 senduk minyak dari baki gorengan ayam tadi dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. 5. Masukkan kembali ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.. 6. Masukkan sos tiram, kicap cair, dan taburkan lada putih. 7. Kacau seketika 8. Masukkan air bancuhan tepung jag...

RESEPI AYAM MASAK ASAM PEDAS

RESEPI AYAM MASAK ASAM PEDAS Bahan-Bahan : ½ ekor ayam, dibersihkan dan potong 10-12 2 keping asam gelugur 1 cawan minyak masak 1 ikat daun kesum Gula dan garam secukupnya 2 cawan air Dikisar 10 tangkai cili kering 6 biji bawang merah 1 sm halia Sedikit belacan 4 tangkai cili merah 2 ulas bawang putih 1 sm kunyit basah Cara-Cara : 1. Panaskan  minyak di dalam periuk. 2. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan naik bau. 3. Masukkan ayam dan air. 4. Masak hingga mendidih. 5. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. 6. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat. 7. Tunggu sehingga ayam masak. Ayam Masak Asam Pedas sedia untuk dihidangkan.!! Selamat Mencuba ~Cik Na 👸~

RESEPI AYAM MASAK KURMA

RESEPI AYAM MASAK KURMA Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (di potong 10-12) 2 camca besar lada putih 1 biji buah pala 5 kuntum bunga cengkih 3 labu bawang besar 2 sm halia ½ camca besar jintan putih 4 biji cili merah Garam secukup rasa ¼ cawan susu cair 4 camca besar serbuk ketumbar 2 batang kulit kayu manis 5 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang 5 ulas bawang putih 1 camca besar jintan manis 3 biji tomato Air asam limau 3 cawan santan pekat 3 camca kecil serbuk kaskas   Cara-Cara : 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan halia diikuti dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. 2. Serbuk kaskas, jintan putih, serbuk ketumbar, buah pala, lada putih, tomato dan cili digaul bersama santan. 3. Masukkan bahan ini ke dalam bahan tumis tadi. 4. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, susu cair, asam limau dan garam. 5. Tunggu sehingga ayam masak. Ayam Masak Kurma sedia untuk dihidangkan !! Selamat Mencuba   ~Cik Na 👸~  ...

RESEPI AYAM MASAK KICAP

RESEPI AYAM MASAK KICAP  Bahan-Bahan : 1 ekor ayam (dipotong 10 bahagian) 1 ulas bawang besar (dikisar halus) 2 sudu cili merah (dikisar halus) 2 ulas bawang putih (dikisar halus) ½ inci halia (dikisar halus) 2 sudu kicap pekat 2 sudu kicap cair 2 sudu air asam jawa Sedikit perasa Cili merah dan bawang besar dipotong sebagai hiasan Cara-Cara: 1. Gaulkan ayam yang telah dibasuh dengan garam dan kunyit. 2. Angkat dan ketepikan dahulu untuk sementara. 3. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. 4. Masukkan ayam yang telah digoreng. 5. Setelah naik bau, masukkan kicap pekat, kicap cair dan air asam jawa. 6. Masukkan garam sebagai perasa dan tunggu sehingga masak. 7. Setelah masak, angkat dan ayam masak kicap sedia untuk dihidangkan. 8. Taburkan cili merah dan bawang besar yang telah dipotong tadi sebagai hiasan. Ayam Masak Kicap sedia untuk dihidangkan.!! Selamat Mencuba ~Cik Na 👸~

RESEPI AYAM MASAK MERAH

RESEPI AYAM MASAK MERAH BAHAN - BAHAN :   1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak Bahan untuk dikisar: 30 gm cili kering 30 gm halia 20 gm bawang putih 90 gm serai 200 gm bawang besar 300 gm tomato 200 gm minyak masak Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa CARA - CARA : 1. Goreng ayam sehingga setengan masak dan asingkan.   2. Masukkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing / naik bau. 3. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 4. Gaulkan hingga sebati dan rata. 5. Apabila telah kering bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba ~CikNa 👸~